Cara Penggunaan - V1 Fuel Booster


V1 Fuel Booster adalah produk penjimat minyak yang mudah digunakan. Dengan bekas yang direka khusus, pengguna hanya perlu memicitkan saja botol V1 Fuel Booster kedalam tangki untuk mengeluarkannya dan terus dituang ke dalam tangki minyak , dan diisi sama dengan petrol atau diesel.

1 botol 20ml V1 Fuel Booster untuk penggunaan 100Lt petrol/diesel.
   1. Goncong botol V1 Fuel Booster sehingga kandungan aditif sebati.
   2. Buka penutup botol V1 Fuel Booster & buangkan lock penutup.
 3. Tuangkan kedalam tangki minyak mengikut sukatan yang dicadangkan sebelum mengisi minyak.
   4. Pengguna juga boleh menuangkan V1 Fuel Booster kedalam nozzle pam minyak sebelum
       mengisi minyak untuk tujuan lebih sebati campuran aditiff dengan bahanapi .  

Penggunaan permulaan : 10 titik V1 fuel booster/tangki penuh.
Penggunaan berikutnya : 3 - 4 titik/tangki penoh.
(Untuk sukatan penggunaan motosikal melebihi 125 CC adalah seperti sukatan kenderaan lain atas nisbah 1ml : RM10.00 petrol)  

Penggunaan permulaan: 1 botol V1 fuel booster (20ml) untuk 1 tangki minyak berjumlah RM100.00 petrol atau RM50.00 diesel. ( 2ml V1 : RM10.00 petrol / 3ml V1 : RM10.00 diesel)
Penggunaan berikutnya : 1ml V1 : RM10.00 petrol/diesel.  

Setelah mencampurkan V1 fuel booster dengan minyak untuk penggunaan permulaan, sila tekan minyak kenderaan berkali-kali untuk mencuci kekotoran kabon pada kebok enjin. Lakukan tindakkan ini sehingga berlaku kesan positif pada kenderaan.  

Jika berlaku enjin tersengut-sengut atau tidak boleh dihidupkan, selepas menggunakan V1 Fuel Booster, sila cuci spark plug  atau fuel filter kerana mungkin terdapat kekotoran karbon yang telah menutup api pembakaran atau menyekat pengaliran bahanapi semasa proses treatment Jika tidak mengalami penjimatan minyak selepas menggunakan V1 Fuel Booster, sila rujuk cara penggunaan yang betul atau kenderaan pengguna perlu melakukan servis.  

Penggunaan V1 Fuel Booster untuk peringkat permulaan yang betul dan bersistem akan menghasilkan satu kesan yang sangat positif kepada enjin.
Sukatan Permulaan & Merawat Enjin Kenderaan:
Enjin Petrol = 20ml V1 fuel Booster (1 botol) : 50 Lt Petrol
Enjin Diesel = 20ml V1 fuel Booster (1 botol) : 25 Lt Diesel
Motosikal kurang 250cc = 10 titik V1 fuel booster : 1 tangki penoh minyak.

- Kenderaan baru yang belum melebihi 10,000 km perjalanan tidak perlu dibuat rawatan.
- Sebelum membuat proses rawatan, sila pastikan keadaan enjin kenderaan adalah baik.
Untuk melihat video Cara Guna dan Treatment  SILA KLIK DI SINI

Maklumat Produk - V1 Fuel Booster


Nama Produk : V1 Fuel Booster
Keadaan Produk : Fizikal / Physical - Cecair / Liquid
Bentuk / Form - Cecair / Liquid
Warna / Colour - Cerah Keperangan / Translucent Light Brown
Maklumat Bahan Asas : Minyak Sawit / Plamatic Base

V1 Fuel Booster mengandungi kandungan utama ialah 55% minyak olien kelapa sawit dan 45% adalah kandungan aditif yang diluluskan hasil R & D terkini gabongan Bio Teknologi Nano dari German dengan mengandungi 18 formula aditif.


  • Formula aditif berteknologi nano daripada German.
  • Mengandungi 18 formula aditif yang terhebat.
  • Insuran liability produk yang didaftar dan direkodkan secara online untuk setiap pembelian.

V1 Fuel Booster adalah penemuan terbaru didalam teknologi minyak aditif.

Dengan rumusan synerginya dapat memperbaiki sistem pembakaran yang lebih efisyen. Berasaskan minyak sawit dan dirumus menjadi minyak aditif dengan formula khusus bagi tujuan mengukuh dan mengimbangi titisan molekul bahan bakar menjadi atom yang sama rata akibat proses pengionan, ia menambah kawasan pendedahan atom -atom dengan oksigen, akan menyebabkan pembakaran mencapai tahap setinggi 98%. Enjin bertambah kuat dan lancar serta mengurangkan pembaziran.
Produk ini menambah dan mengawal sistem pembakaran dengan lebih sempurna, melicinkan serta mencuci sistem dalaman enjin dan ruang pembakaran. Yang nyata ia meningkatkan daya kuasa enjin, menjimatkan penggunaan bahan bakar, mengawal kepulan bahan cemar dan membersihkan enjin. Penjimatan bahan bakar dapat dicapai sehingga ketahap 35% - 50% bergantung kepada jenis & keadaan kenderaan, cara pemanduan, keadaan jalan, muatan, jenama bahanapi dan lain-lain faktor yang berkaitan. 

V1 Fuel Booster adalah aditif bahanapi berasaskan minyak sawit dengan pelbagai fungsi untuk memperbaiki dan mempertingkatkan keseluruhan enjin lama dan baru. Berbanding dengan aditif konvesional yang lain seperti (octane booster, Fuel injector cleaner) yang sekadar dicipta untuk merawat masalah yang tertentu sahaja.
1. MENAMBAH DAN MEMPERTINGKATKAN KUASA ENJIN. V1 Fuel Booster menambah proses pengetoman adunan angina dan bahan bakar. Ia juga membantu mengoksidakan adunan dan dengan itu dapat menaikan kadar pembakaran.
2. MENGURANGKAN PENGGUNAAN BAHANAPI. 
V1 Fuel Booster dirumus untuk mengukuhkan molekul bahan bakar serta menambah pengukuhan yang efisyen untuk pembakaran bahan bakar bagi mencapai kadar pembakaran sehingga 98%. Dengan ini mengurangkan penggunaan bahan bakar. Penjimatan bahan bakar dapat dicapai ketahap melebihi 50% bergantung kepada jenis & keadaan kenderaan, cara pemanduan, keadaan jalan, muatan, cuaca, bahanapi yang digunakan dan sebagainya.
3. MENGURANGKAN MENDAPAN KARBON. 
V1 Fuel Booster mampu untuk mencuci serta membersihkan injector enjin, piston, gegelang piston, injap, novel, karburator dan keseluruhan sistem bahanapi. Pembakaran akan menjadi sempurna sesuai dengan adunan angina dan bahanapi yang lebih baik. Ini bagi mengurangkan bahan bakar yang tidak digunakan dan enapan karban didalam ruang pembakaran. Palam pencucuh akan lebih bersih dan pertukaran minyak pelincir akan tahan lebih lama. Dengan pembersihan keseluruhan sistem enjin, kos penyelengaraan dapat dikurangkan serta memanjangkan tempoh jangkahayat enjin kenderaan.
4. MENGURANGKAN GESERAN, KEHAUSAN & SERPIHAN PADA ENJIN. 
Umum mengetahui, minyak pelincir digunakan untuk melicinkan bahagian dalaman enjin dan air ialah untuk mengurangkan kepanasan suhu enjin. Walau bagaimana pun, minyak pelincir tidak dapat mencapai bahagian atas ruang pembakaran ( Top Dead Centre, SDC ) dan air hanya menyejukkan secara tidak langsung dari luar blok enjin.
5. PENYALAAN YANG MUDAH. 
V1 Fuel Booster dirumus untuk mengukuhkan molekul bahan bakar dengan meningkatkan keluasan permukaan molekul bahan bakar dan membolehkan campuran bahan bakar tersebut memerap lebih oksigen yang mana membaikan penyalaan enjin. Ini amat sesuai jika keadaan enjin sejuk dan susah untuk dihidupkan serta menambahkan jarak hayat sistem penyalaan dan bateri kenderaan.
6. MENGURANGKAN KEPULAN ASAP. Pengeluaran asap kotor secara umumnya diketahui adalah petanda tidak sempurna pembakaran bahanapi. V1 Fuel Booster membantu pembakaran lebih sempurna dan mengurangkan pembebasan asap kotor daripada kenderaan.


 Produk V1 fuel booster adalah dilindungi Insuran liability bernilai 2.5 juta oleh Chartis Insuran. Jaminan ini adalah terus daripada pihak kilang. Setiap pembelian V1 fuel booster akan didaftarkan melalui online bagi tujuan rekod Insuran.

Tuntutan Insuran liabiliti produk hanyalah untuk kerosakkan dibahagian kebok pembakaran enjin yang disebabkan oleh penggunaan V1 Fuel Booster sahaja, kerana V1 fuel booster hanya bertindak apabila berlaku proses pembakaran bahanapi dibahagian kebok enjin kenderaan. Tempoh insuran setiap botol V1 adalah 2 bulan daripada tarikh pendaftaran pembelian.

1. Hubungi hotline V1 Fuel Booster seperti yang tercatat pada kotak / botol V1 dan maklumkan kerosakkan.
2. Bawa kenderaan anda ke bengkel kenderaan yang bertauliah.
3. Ambil gambar bahagian kerosakkan engine pada bahagian kebok pembakaran.
4. Majukan maklumat Id pembelian, No. pendaftaran kenderaan, masa, tarikh, tempat dan bagaimana kerosakkan berlaku berserta gambar dan maklumat bengkel kepada pengurusan V1 melalui email Vglobalbiz@yahoo.com
5. Pengurusan akan memajukan semua maklumat yang diterima kepada pehak kilang pengeluar produk & kepada pehak Insuran.
6. Tindakkan selanjutnya, pehak kilang & Insuran akan menghubungi anda dan melawat ke bengkel untuk pemeriksaan sebab sebenar kerosakkan.